Thursday, December 4, 2014

Boy! Girl!

Alhamdullilah....
5 months berlalu tanpa sebarang alahan..
Syukur...

Cuma maybe usia dh meningkat masuk 3rd pregnancy nie, a bit letih.
Kena makan on time,
Tido ontime 10 lebih mmg dah lena diulit mimpi.
Baby bum pun dh nampak.
Baby pun dah start akrobatik dalam rahim sebesar buah pear ni.
I can feel ur kick baby H.
Alhamdullilah nikmat terindah kali ke-3 yang Allah beri kesempatan.

Semuanya indah belaka tambah-tambah time dating dengan baby H monthly checkup
Alhamdullilah semuanya goes well, baby sihat,
membesar mengikut weekly sepatutnya.

Dan.....alhamdullilah buat keberapa kalinya..
Ibu dah tau my baby H gender.
Guess what???



Doc can see my baby gender tak??
(saja mencuba nasib)
Boy! Girl!
Scan sana scan sini, kebetulan baby pun right position.
So nampak la dengan clearnya gender baby.
Ok ur baby ...... confirm.



Actually for me tak kisah pun baby boy atau girl kalini.
 Allah SWT dah anugerahkan saya sepasang anak lelaki dan perempuan..
Tapi if ikut en suami dan abang Hasif Zafhran lebih prefer boy.
Abang Zafhran kata dah ada adik girl, dia nak adik boy pulak.

Apapun tak nak excited atau prepare apapun lagi.
Maybe tunggu 2nd confirmation masa buat 4D atau 5D scan nanti.
As long as my baby H is healthy. Im Happy!

Dan maybe nie our last baby.
According to our plan just 3 kids.
After Imani haritue ingat nk berehat lama sikit,
Tapi Allah SWT berikan rezki awal.
So terima and maybe last baby.
Bukan serik beranak, walaupun fobia sakit bersalin tue masih ada walau anak dh 2.

Tapi lebihnya nak fokus kepada pembesaran anak dunia dan akhirat.
Memandangkan kami suami isteri bekerja, masa sangat sangat terhad,
Dari 7am till 6.30pm anak-anak bersama pengasuh di nursery.

Tambahan bila dikira costing mengasuh anak masuk 3 orang
We spend RM1200 monthly upah orang jaga anak saja.
Tue belum masuk susu, pampers,sakit demam, injection, insurans.
Tapi kami percaya setiap anak yang Allah amanahkan dah tertulis di luh mahfuz kalam Allah
Rezki masing-masing. InsyaAllah murah rezki anak-anak ayah dan ibu.










Thursday, October 30, 2014

No. 3 coming soooonnnnn...

Its been 2nd trimester....



Alhamdullilah Hasya Imani going to be sister soon...
Hasif Zafhran upgrade jd big brother..

Baby H during 1st checkup. Hello baby :)

Dia adalah pemberian x terduga dan terancang buat aku & suami.
Tak perlu disoal lambat @ cepatnya pemberian ini.
Kerana DIA lebih mengetahui masa terbaik
Menganugerah pemberian terindah buat hambaNya..


Walaupun mulanya otak waras aku ini tergamam, terkelu kejap beberapa minggu
tuk stimulate otak supaya being +ve.

Bukan tak percayakan kekuasaan Allah SWT atau pun rezki yang diberikanNya..
Tetapi...
Lebih memikirkan Imani yang masih kecil,
Baru mula bertatih..
Anak kecil manja yang perlukan perhatian aku terutamanya.
Mungkin aku belum bersedia..
Atau kata sebenarnya dalam situasi terkejut..

Berminggu juga la emosi terganggu
Try for being positif
Mengadu pada Allah SWT mintak diredhakan hati ini.
Minta pd Allah SWT spy sihat tanpa alahan agar bole beri perhatian pd Imani dan Zafhran.

Alhamdullilah.
Allah SWT Maha Mendengar. xde alahan langsung kali ni.
Tak macam 1st pregnant admitted LWEH cz dehydrated, muntah teruk.
2nd pregnancy lembik 4 bulan, makan, muntah.
Kalini syukur.
Allah tue sebaik2 yang memahami hambaNYA.

Macam mana agak2 tahu yang aku pregnant??

Imani manja nya terlebih2.. 
Tak nak pada en suami langsung..

Dan lebih meyakinkan lps raya Aidilfitri..
Aku pulun habeskan puasa 6 pada hari2 terakhir 
Atas alasan takut xsempat cik P akn bertandang.
Hari demi hari cik P x dtg jugak.

Ok. pikir positif sbb sejak fully BF Imani, 
cik P mmg x menentu..
Lps 2 weeks masih x kunjung tiba,
Hati dah terdetik, tp mustahil..
Tanyakan en suami. dia pun kata x mungkin. 

Tapi naluri aku tetap nak tahu.
Ku beli UPT paling murah  nk check tuk sedapkan hati ni.
Habis kerja balik rumah, 
Terus tergesa2... dengan doa mudah-mudahan -ve..
Tapi meleset sama skali... its +ve. line yg sangat2 clear. 
Mustahil..mustahil..double line x pregnant kan..
Excited aku x macam masa tahu pregnantkan Zafhran dan Imani.

Khabarkan pada en suami. 
Dia pun tergamam jap.
Aku lagi la rasa lemah lutut..
Malam tue dlm sembahyang mmg aku nangis.
Nangis sebab ntah x tahu nk cakap apa yang aku rasa,
Apa yang aku pikir.
Cuma mintak Allah permudahkan segalanya.

Walaupun masih 50-50 percaya, 
Esoknya mintak en suami daftarkan appointment dgn my gynea at Lam Wah Ee Hosp.
Nak diikutkan perancangan lps bersalinkan Imani 2013, 
Next date dgn Dr Quah maybe 2016 or 2017. 
(sempatlah Imani besar).
Tapi perancangan Allah lebih baik.

Jumpa je muka Dr Quah (mualaf masuk Islam), 
Dia senyum tanyakan aku kenapa datang kali ini.
Period lewat. Ok scan. 
Masih lg berharap Dr ckp yg aku x pregnant..
Tapi scan scan je. OK confirm u pregnant. 
CONGRATS..
Bb 2m++. dah ada heart beep & pembetukan anggota badan. 
I can see  my baby clearly. 
Rela atau tak, pasrah dan redha.
Tue je. yakin Allah dh rancang sebaiknya tuk kami. 




Macam mana aku positifkan balik otak spy terima pemberian ni??

bila pikir2 ramai je yang usaha nak anak,
Tapi belum rezki Allah bagi.
Tapi aku dah Allah kurniakan kenapa perlu sedih..
Then pikir, 
kenapa dua anak aku boleh terima dgn hati yg happy,
kenapa ketiga nie aku perlu bersedih.
Dia juga zuriat kami yg sah walaupun tanpa dirancang kehadirannya. 
Ini bukan ujian..
Ini adalah rezki..
Sebesar rezki dan anugerahnya, 
Sebesar itulah  tanggungjawab yang datang bersama tuk kami asuh dan didik.


Semoga anugerah pinjaman bertiga ini,
Menjadi aset dunia akhirat buat aku dan suami.
Aamiin.
















Friday, October 17, 2014

Travellog Bumi Al-Fateh (Istanbul) Part I

Walaupun dh hampir 8 bln berlalu tapi kenangan menjejaki bumi al-Fateh tinggal kesan 
& kenangan mendalam buat aku...
Ntah.. mungkin sebab dr dulu lagi impi nk ke Istanbul..
Bumi yang penuh sejarah Islam, cinta & peradabannya..

Travellog kami (satu family pak Yusof) bermula bila abah ngn mak decide nk buat umrah.
Umrah kali kedua buat kami dan pertama kali buat menantu dan cucu
Sebenarnya tue adlh niat abah depan Kaabah nk bawak anak menantu cucu ke Baitullah.
Alhamdullilah Allah SWT makbulkan.

So alang2 nak menunaikan umrah, amek kesempatan melakukan ziarah sekali.
Choice yang ada drpd pakej Andalusia Travel either ke Istanbul ataupun Dubai.
Dubai for sure shopping,
 Istanbul pulak hebat dgn kecantikannya.

Perjalanan kami ke Istanbul bermula dari KLIA melalui penerbangan Turqish Airlines
Almost 12 jam dalam flight. 
Memandangkan flight malam so makan, tido. bangun makan lagi.
Tp dalam keadaan lenguhnya aku sbb terpaksu pangku Hasya Imani.. 
Imani  tak nak tido dalam basinnet yang direquest khas tuk dia.


Sebahagian drpd beg tuk 2minggu Istanbul +Madinah +Mekah.

Kami sampai Atartuk Airport lebih kurang 6.30am waktu tempatan dan 10am waktu Malaysia.
Sampai je terus mutawif arahkan solat subuh.
 kitaorg solat ke tepi laluan pejalan kaki je
memandangkan airport dia besar takut xsempat jika ke surau.
Jalan jalan jugak, solat tu lebih penting wajib tunaikan.

Kemudian kitaorg (lebih kurang 60 org) dijemput oleh travel agen. Ali.
Letih, ngantuk, serabai xyah cakaplah tetapi excited tue melebihi segalanya. 
Masa sampai tue suhu Istanbul lebih kurang -1 celcius. musim sejuk.
Sebelum keluar mmg dh siap pakai jacket, warmer, gloves semua.
Keluar je, berderau meremang bulu roma, sejuk yang amat2.

Destinasi pertama kami menuju ke Bursa iaitu sebuah pulau.
(Naseb xmenyebelahi nak merasa salji pada hari kami di Bursa.)
Sebelum bas masuk perut feri, kami berhenti minum teh o panas dan roti gedabak besar.
(sygnya aku xsnap gmbr, letih teramat flight yg berbelas jam)
Perjalanan almost 2 hours jugak sebelum naik bot merentasi lautan Marmara 
Sebelum tue kami melalui Jambatan Bosphorus yang memisahkan Istanbul (asia) dan  Eropah.


                                                        Di atas bot menuju ke Bursa. 



Hentian pertama kami ialah makan tghari di Kpteci Yusuf.
Kami dihidangkan dengan roti sebesar pinggan dan 5-6 keping daging kebab.
Perjalanan ke Gold Otel kami disajikan dgn panorama menghijau, 
Melalui ladang-ladang buah zaitun.

Hentian pertama ialah di Masjid Ulu Cami, memandangkan waktu zuhur.





                                                  pemandangan luar dan dalam masjid.

Selesai zuhur terus ke bazaar berdekatan.
Dalam keadaan diri yang belum boleh sesuaikan diri dgn keadaan sejuk sgt2, 
kami xjalan banyak pun. sejuk yang amat walaupun baju dah 3 lapis.



                                                                        Bazaar.

Kemudian terus ke Silk House dan Green Mosque.
Di Silk HOuse niela si Ali (travel agen) kami berkenan kat Imani.
Kebetulan di bawak isteri dan anaknya MUhammad (si mata biru)
Kenannya kt Imani sampai nk buat menantu.
100 ekor unta tuk hantaran katanya. heheh. ok masin mulut Ali boleh ibu ayah ke Istanbul lagi
tak puas kat sana 4H3M.

Masyarakat Istanbul yg lebih 95% Islam nie semuanya ramah2.
Tambah dgn budak2. Asal kami berhenti je mesti ada yang datang peluk, dukung Imani.
Bagi diorang kita ni cantek, kita rasa biasa saja.
Padahal aku rasa anak diorang yang macam anak patung, 
Biasalah manusia kan.


                                                    Muhammad dan Imani

                                                               Silk House

Tak nak cerita panjang, nie gambar sekitar Green Mosque,
Kat sini jugak kitaorg terserempak dgn student Malaysia.
Senibina dan khat dia cantek sangat2. terpegun la jap duduk dalam setiap masjid.









Habes je terus zasss ke hotel check in. selesai jamak maghrib dan isyak terus tido.
Kisah hari kedua di bumi al-fateh kita sambung next entry ya.
xoxo. stay tune. luv.








Wednesday, October 15, 2014

WELCOME BACK.

Welcome back.

Ntah kenapa tetiba teringat blog yang ditinggalkan hampir 3 tahun.
bersawang, berabuk..
fuhh..fuhhh...
kena buat cleaning dulu...
renovation skit..
deco skit dan boleh la mula mengomel kembali..

Dari anak sorang skrg dah masuk dua..
dari kerja swasta sekarang dah penjawat awam..
dari umur 2 series sekarang dh masuk 3 series...
times flies.. 
sesungguhnya masa meninggalkan kita terlalu pantas...

Rasa macam semua benda nk tulis..
tapi xtahu nk mula dari yang mana..
insyaallah next entry lps dh cleaning, renovate dan deco blog,..


I'll be back soon.. :)
sebelum tue nie tripple H saya. 
incoming triplet H.. (eehhhh..)
(hubby, hasif zafhran & hasya imani)
my life, my lurve, my everything. 
harta saya in dunya and hereafter.