Thursday, December 24, 2009

MenCaRi ReDHa ALLaH

Muharram baru saja menjelang..
Ahad nih 10hb Muharram elbih dikenali sbg hari Asyura..
terdapat 14 perkara sunat yg boleh dilakukan pada 10 Muharram nih...
so sama-samala kita beramal dan mencari redha Allah SWT..
insyaallah mudah-mudahan kita mendapat keberkatan dariNya..
amin...


1.Melapangkan masa dengan membelanja anak isteri.
(Allah akan melapangkan hidup mereka pada tahun itu)

2.Memuliakan fakir miskin
(Allah akan melapangkan kubur mereka nanti)

3.Menahan marah
(Di akhirat nanti Allah akan memasukkan mereka di dlm golongan yg redha)

4.Menunjukkan orang sesat
(Allah akan memenuhkan cahaya iman di dalam hati)

5.Menyapu @ mengusap kepala anak yatim
(Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bg stiap rambut yg diusap)

6.Bersedekah
(Allah akan menjauhkan mereka dari neraka sekadar jauh seekor gagak yg terbang tidak berhenti2 drpd ia kecil sehingga ia mati. diberi pahala seperti bersedekah kepada suma fakir miskin di dunia)

7.Memelihara kehormatan diri
(Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa ditemani cahaya keimanan)

8.Mandi sunat
(tidak sakit berat pada tahun berkenaan. lafaznya: sahaja aku mandi sunat hari asyura kerana Allah Taala)

9.Bercelak
(tidak akan sakit mata pada tahun itu)

10.membaca Qulhuallah hingga akhir 1000x
(Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pd hari akhirat)

11.Sembahyang sunat 4 rakaat
(Allah akan mengampunkan dosanya walaupun 50 tahun melakukannya. lafaz niat:
sahaja aku sembahyang sunat hari asyura 4 rakaat kerana Allah Taala)
pada rakaat pertama dan kedua selepas al-fatihah di baca Qulhuallah 11x


12.Menjamu orang berbuka puasa
(Di beri pahala seperti menjamu sekelian umat islam berbuka puasa)

13.Puasa
(niat puasa: sahaja aku berpuasa sunat hari asyura esk hari kerana Allah Taala)
diberi pahala 1000x haji, 1000x umrah dan 1000x syahid. dan diharamkannya dari neraka






No comments: