Tuesday, May 10, 2011

Kek kukus Choc Cadbury + Oreo

Ello..


ehh assalamualaikum...


entry kalinie disebabkan ramai yang bertanyakan


recipe kek kukus cadbury oreo


yang aku buatkan hari ibu haritue..


ekceli permintaan hubby..




2bulan lepas aku pnh buat dah kek kukus cadbury jek..


Xde tambah oreo bagai..


tetiba hubby teringat, dia request aku buatkan lagi..


tetapi ayah cakap kita modified skit recipe kek tue ibu..


haha ayah ingat ibu nie terror sangat ke..


buat pun kena belek recipe 10x..


nie siap suh modified..


kang apa ntah rasa dia aku xtaula...


tp buatkan jugak sbb permintaan org tersayang...


Walla tgk betapa ibu sayangkan ayah..


Bak kata org tua2..air tangan isteri tue penting..


Kahkahkah aku baru duk bljr nk membuncitkan perut suamiku..






klu nk tahu en suami mmg la jarang sesangat request aku tuk masakkan sesuatu..


sbb agaknya dia tahu kut wife tersayang dia xbapa nk pandai kan..hahha..


xpela janji ayang dh cuba buat yg terbaik tuk abangkan..kan..kan..


buat dengan penuh kasih sayang nie..hihi








K, berbalik pada recipe kek kukus cadbury & oreo..




Nie ler ghupanye kek kukus cadbury + oreo aku..buruk bebenor aku rasa..huduh sungguh..xpela jnji masuk mulut nikmat kesedapan terasa..kahkahkah..



BAHAN-BAHAN:

1 1/4 tepung gandum


1/2 cawan nestum dikisar halus


biskut oreo dikisar halus


1 sk baking powder


250g butter


5 biji telur (asingkan putih & kuning)


80g gula kastor


1/4 cawan susu pekat manis


coklat cadbury


1 sk esen vanilla (tp aku xbubuh pun,dh xde kan)


pes/pewarna hijau dan merah


CARA PENYEDIAN :


1.Sediakan pengukus dan jerang airnya. Bekas kek sapukan dgn sedikit butter spy xmelekat




2.Satukan tepung, baking powder, oreo dikisar dan nestum dikisar




3.Pukul putih telur hingga berbuih, kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul hingga kental kemudian ketepikan




4.Pukul kuning telur, susu pekat manis dan mentega sehingga pucat. Kemudian masukkan tepung dan pukul hingga sebati menggunakan kelajuan perlahan.




5. Satukan adunan dgn putih telur yg telah berbuih dan putar lagi sehingga sebati.



6.Bahagikan adunan kepada 2 bhgn..1 bhgn dimasukkan pewarna hijau..dan sebahgian lae dgn pewarna merah.



7. Jerangkan air dlm pengukus, kemudian lapiskan adunan berwarna merah dahulu.biarkan selama 7 minit..kemudian lapiskan dgn biskut oreo dan adunan hijau..biarkan 7 minit..lapiskan dgn coklat cadbury..ulangi langkah sehingga adunan habis.



8.Untuk lapisan terakhir biarkan selama 15-25 minit tuk masak..



9. Setelah masak angkat dan sejukkan sebentar





Nie ghupe semasa melapis yek..huduh bebenor la..malu aku..xpela jnji bley bt pnduan buat korang..dh nama pun aku budak baru belajar kan..








tara...kek dh siap...wlupun agak huduh..tp yg huduh itulah yg sedap..habis..xpuas rasa aku mkn..yel;ah potong sana skit sini skit bg org tue org nie..last skali tgl 3 potong jek..kepunan dh aku ooi..kali nie terasa sedapnya berbanding 1st time aku buat aritue..Tapi korang tgkla betapa xskillnya aku memasak...lapis pun xsama..ada gemuk..ada kurus..bengkang bengkok..hahha..memalukan sungguh..




mekacih pada en hubby idea beliau suruh saya modified kek menjadi..heheh..luv u ayah!!







No comments: